Peluang memenangi Volvo XC40 bersama Caltex

oleh SALINA JALIL|
Chevron Malaysia Limited atau Caltex telah mengumumkan kempen terbaharu mereka iaitu "Fuelled To Win" bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Shahid Ahmed, Pengerusi Chevron Malaysia berkata, "kami di Caltex® sentiasa mencari cara untuk meningkatkan hubungan kami dengan pelanggan kami. Kami juga ingin memastikan bahawa pelanggan kami mempunyai perjalanan yang lancar dan menarik, tidak kira jaraknya. 

 

Kami ingin memanfaatkan pencapaian kemenangan Natasha Chang, pemandu perlumbaan professional antarabangsa yang berjaya memecahkan Guiness World of Record untuk 'Pendakian terpantas Jalan Doi Chang Mountain dengan Kereta'.

 

Kami juga ingin memberi penghargaan kepada pelanggan kami di atas kesetiaan dan sokongan mereka terhadap Caltex®, selain menggalakkan mereka memecahkan rekod mereka sendiri," tambah Shahid.

 

 

Bagaimana anda boleh sertai peraduan ini? Caranya mudah, ikuti langkah-langkah yang diberikan seperti di bawah:

 

1.  Isi minyak sebanyak RM40 (minimum) dalam satu resit di mana-mana stesen minyak Caltex.


2.  Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp di talian +6018 299 9980 dengan butiran berikut:


      i.     nama penuh (mengikut MyKad)
      ii.    nombor MyKad anda
      iii.    tarikh pembelian
      iv.    jumlah (RM) pembelian
      v.    sertakan gambar salinan resit
      vi.   nombor kad keahlian Caltex Journey

 

 

Anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik dari Chevron Malaysia seperti berikut:-


• Hadiah utama: Volvo XC40


• Hadiah kedua: Caltex® StarCash Petrol Card bernilai RM5,000 setiap satu ( untuk 30 pemenang)


• Hadiah ketiga: Caltex JOURNEY ™ Card dengan 5,000 BPoints + Techron® Concentrate Plus + Havoline® Pro DS Fully Synthetic (untuk 30 pemenang)

 

*Pemenang hadiah ketiga juga akan memenangi Hadiah Khas seperti berikut:


Dashcams (untuk 10 pemenang undian bertuah bagi bulan Ogos 2019)


Kamera GoPro (pemenang undian seramai 10 orang untuk bulan September 2019)


Tayar Michelin bernilai RM2,000 (pemenang undian bertuah untuk 10 orang untuk bulan Oktober 2019) 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…