Pelindung tuil elak kemungkinan kemalangan

oleh Careta.my|
LeverGuard-IMG_
LeverGuard-IMG_
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penggunaan pelindung tuil atau 'lever guard' merupakan kewajipan mandatori dalam kejohanan MotoGP sejak tahun 2012 lagi. Pelindung yang melindungi tuil brek ini mampu mengelakkan kemalangan yang melibatkan ramai pelumba lain, seperti yang telah terjadi dalam perlumbaan MotoGP 2011 di mana Loris Capirossi, Randy de Puniet, Dani Pedrosa dan Marco Melandri telah terlibat dalam kemalangan kelajuan tinggi apabila tuil brek hadapan jentera Ducati yang ditunggang Sete Gibernau ketika itu terlekat pada motosikal Capirossi ini. Gibernau telah tercampak dari jentera Desmosedicinya itu dan menyebabkan rantaian kemalangan beberapa orang pelumba lain. LeverGuard_ducati1199_barendgold Dalam tahun 2008 ketika Mugello 250GP, pelumba Sepanyol Hector Barbera juga terlibat dalam satu kejadian dengan pelumba Itali mendiang Marco Simoncelli  apabila brek hadapan beliau tersekat ketika pasangan itu berselisih pada kelajuan tinggi di lurusan penamat. Motosikal perlumbaan kini  dilengkapi dengan perlindungan tuil brek ini, yang bertujuan untuk melindungi tuil brek daripada secara tidak sengaja tersangkut ataupun tertekan dalam kes perlanggaran dengan motosikal lain. LeverGuard_RacingBoyPelindung tersebut mestilah cukup kuat untuk berfungsi dengan berkesan dan direka supaya tidak ada risiko penunggang untuk cedera atau tersangkut kerananya. Ini merupakan peralatan yang boleh anda pasang kepada motosikal sendiri walaupun anda tidak berlumba sekalipun, kerana ia mampu mengelakkan kejadian membrek secara tidak sengaja jika terlanggar cermin sisi kereta ataupun bergesel dengan motosikal lain.