Pelincir PETRONAS Sprinta kini dijual di Shopee - diskaun 99% untuk penghantar makanan Grab!

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Lubricants International (PLI), sebuah syarikat subsidiari milik penuh PETRONAS kini menawarkan barisan pelincir PETRONAS Sprinta di kedai dalam talian PETRONAS Mesra Official Shop di Shopee.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran kedai dalam talian Shopee ini merupakan salah satu usaha PLI untuk meningkatkan penjualan produk pelincir menerusi platform yang mudah untuk digunakan.

Menurut Ketua Asia Pasifik PLI, Ikhwan Hamzah Azizan berkata, "penjualan barang dalam talian berterusan berkembang pada kadar yang pesat berbanding runcit, dan sehingga kini terdapat kira-kira 16.5 juta pengguna Malaysia yang membeli-belah di dalam talian.

"Dengan langkah ini, kami mahu menguasai permintaan pelanggan dalam talian yang semakin berkembang, khususnya bagi mereka yang sukar untuk mendapatkan akses kepada bengkel konvensional atau stesen runcit yang menawarkan produk tulen.

 


Selain daripada itu, PLI juga turut berkolaborasi dengan Grab Malaysia yang menawarkan diskaun eksklusif sehingga 99 peratus untuk pembelian pelincir PETRONAS Sprinta di PETRONAS Mesra Official Shop kepada rakan penghantar Grab.

Diskaun bernilai sehingga RM70,000 itu dihadkan kepada 2,000 pembeli terawal yang melakukan transaksi antara 12-25 Mei 2020.

Inisiatif ini adalah selari dengan usaha PLI untuk mengurangkan beban bagi mereka yang terjejas akibat pandemik global COVID-19.

Antara barisan produk pelincir PETRONAS Sprinta termasuklah PETRONAS Sprinta F900, F700, A700 dan T500 dengan julat harga bermula dari RM17 sehingga RM64 yang merangkumi segmen motosikal empat lejang, dua lejang dan juga skuter.

PLI juga sedang merancang untuk memperkenalkan produk-produk pelincir yang lain termasuklah PETRONAS Syntium bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia.

Kedai dalam talian PETRONAS Mesra Official Store boleh dilawati di https://shopee.com.my/petronas.os

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ada baik, ada buruk. Antaranya pembelian barangan secara atas talian, dimana masa kini hampir…
Berita Domestik
Laman e-dagang rasmi Daihatsu Malaysia ini menawarkan pelbagai jenis alat ganti tulen dan OEM yang…
Berita Domestik
Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis rekaan dan saiz yang bersesuaian dengan kenderaan mereka,…