Pelincir PETRONAS naik harga bermula 1 Julai 2021

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd dalam satu pekeliling terbaharu mengumumkan kenaikan harga jualan bagi semua produk pelincir berkuatkuasa 1 Julai 2021.
Modenas

Harga baharu bagi semua produk pelincir dijangka naik tujuh peratus (bergantung kepada produk).

Menurut PETRONAS, kenaikan harga tersebut adalah disebabkan masalah kekurangan bekalan bahan mentah yang dialami sehingga mengakibatkan kenaikan kos bahan mentah, selain terpaksa berhadapan dengan penutupan sementara operasi kilang disebabkan SOP COVID-19.

Disebabkan itu, pihak mereka tidak mempunyai jalan lain selain daripada meningkatkan harga jualan produk, walaupun pada ketika ini permintaan terhadap produk pelincir PETRONAS sememangnya tinggi.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Hasilnya, Thailand ialah pengeksport kenderaan nombor satu ke Australia, dan juga adalah…
Berita Domestik
Prestasi syarikat minyak dan gas nasional itu disokong pemulihan harga komoditi sejak penularan…
Sukan Bermotor
  "Saya begitu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Kemenangan ini sememangnya begitu berharga…