Pelik: Rakyat China mahu kereta dengan sistem karaoke terbina!

oleh Mohamad Hanif|
Sistem infohibur kini sudah menjadi satu kelaziman yang mampu menemankan pemandu daripada kesunyian terutama ketika membuat perjalanan solo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun ada kalanya kita terpaksa menyanyi bersendirian disebabkan sistem audio yang berbunyi seperti siaran radio tergendala dan tidak begitu menepati citarasa, almaklumlah sistem yang baik biasanya ada pada kereta-kereta yang jauh lebih mahal.

Di China, kebanyakan pembeli mengambil serius terhadap satu ciri yang biasanya boleh didapati di pasar raya atau kenduri kahwin - sistem karaoke lengkap dengan mikrofon!

Ini bermakna, ciri moden seperti sistem infotainmen dengan skrin yang besar dan keupayaan sambungan Apple CarPlay sahaja tidak mencukupi untuk meyakinkan mereka membeli sesebuah kenderaan.

Menurut laporan daripada Automotive News, jenama China seperti XPeng, Nio dan BYD telah menawarkan sistem karaoke terbina dan kebanyakan pengeluar dari Barat sukar untuk bersaing bagi memenuhi permintaan yang aneh dari rakyat China ini.

Ketua unit digital BMW, Christophe Grote mengakui, mereka menyifatkan hal ini sebagai satu cabaran yang besar, di mana pengguna China boleh menjadi golongan yang paling mendesak apabila dikaitkan dengan teknologi digital yang ada pada sesebuah kenderaan.
 

wechat


Bukan sistem karaoke sahaja yang banyak diminta, pengguna China juga mahukan integrasi secara menyeluruh dengan aplikasi WeChat, seperti opsyen pembayaran serta sambungan kepada media sosial di dalam kenderaan mereka.

Laman Automotive News turut memetik satu kajian yang dibuat pada tahun lalu oleh firma Kearney yang mendapati dua pertiga daripada pembeli tempatan mahukan aplikasi navigasi China wajib dipasang pada kenderaan baharu.

Firma itu juga memberikan amaran kepada kebanyakan jenama barat di mana mereka bakal berhadapan dengan risiko ketinggalan sekiranya mereka tidak menerapkan konsep keterhubungan dengan lebih menyeluruh seperti apa yang diminta oleh pengguna China.

Sumber: Automotive News