Pelekat P JPJ popular di laman e-dagang China

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya pelekat P yang dikeluarkan oleh JPJ untuk mereka yang baharu mendapat lesen di Malaysia menjadi popular di laman web e-dagang di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut seorang pengguna Facebook, pelekat P itu dijual di laman web e-dagang Taobao China dengan harga US$4.49 (RM18.77).

Tidak pasti samada peminat kenderaan di China beranggapan pelekat P JPJ ini sama dengan pelekat Shoshina/Wakaba dari Jepun atau tidak (kesemuanya bermaksud pemandu yang baharu lulus ujian dan dalam tempoh percubaan) atau memang ada gerakan Malaysian Domestic Model (MDM - hanya untuk jualan di dalam Malaysia sahaja) di China, senario ini cukup mengujakan ramai netizen Malaysia.

Kegilaan kenderaan sebenarnya bukan hanya terbatas kepada kenderaan itu sendiri, tetapi gaya hidup yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan itu juga.

Kaitan gaya hidup kepada produk automotif ini menjadi punca terhasilnya genre-genre kenderaan baharu seperti crossover, retro dan estate.

Ia juga menyebabkan ramai menjual kenderaan mereka selepas lima tahun kerana mahukan sesuatu yang lebih relevan dan bergaya.