Pelekat, nombor pendaftaran GB tidak sah digunakan di luar UK bermula September ini

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: CarThrottle
Bermula 28 September ini, para pengguna di United Kingdom yang masih lagi memiliki pelekat atau plet magnetik dengan kod designasi GB bakal dilarang daripada dipandu keluar dari negara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kod designasi yang telah digunakan selama 111 tahun itu akan ditukarkan kepada kod baharu 'UK' dengan lambang bendera Union Jack.

Ini bermakna, sekiranya kenderaan masih lagi memakai nombor pendaftaran berlogo GB, mereka perlu menambah pelekat UK atau menempah nombor pendaftaran UK yang baharu.

 


Menurut United Nations, mereka telah menerima pemberitahuan minggu lalu yang menyatakan United Kingdom akan menukarkan kod designasi untuk kenderaan yang didaftarkan di negara itu dari GB kepada UK, dan perubahan ini hanya tertakluk kepada United Kingdom of Great Breatin dan Northern Ireland sahaja.

Perubahan daripada kod designasi GB kepada UK berlaku dalam masa beberapa bulan selepas menteri memperkenalkan nombor pendaftaran baharu GB yang disertakan dengan bendera Union Flag menggantikan penggunaan nombor pendaftaran 'Euro'.

Sumber: CarThrottle