Pelbagai alasan tak masuk akal diberikan mahu rentas negeri

oleh SALINA JALIL|
Mahu menghadiri jamuan hari jadi serta hendak menghantar haiwan peliharaan menjadi sebab utama permohonan rentas negeri dan daerah ditolak.


Itu antara alasan permohonan rentas negeri yang diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan pada 14 Oktober hingga kelmarin.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah menerima 4,700 permohonan manakala 53 daripadanya telah ditolak atas pelbagai alasan.
 

"Antara alasan tidak masuk akal adalah saja berjalan-jalan, bosan duduk di rumah, hendak bermain golf, pergi berjumpa kawan, ingin menghadiri jamuan hari jadi, hendak menghantar haiwan peliharaan untuk disimpan di hotel haiwan (pet boarding), memancing dan beriadah.

 

"Selain itu, terdapat juga permohonan yang kami terima untuk menaiki kenderaan persendirian melebihi dua orang dan permohonan seperti ini terpaksa kami tolak kerana ia jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang sedang dikuatkuasakan," katanya lagi.

 

Dalam pada itu, bagi tempoh berkenaan, sebanyak 61 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar SOP PKPB seperti tidak memakai pelitup muka, mengabaikan penjarakkan fizikal, menaiki kenderaan persendirian melebihi dua orang selain premis yang tidak menyediakan alat pemeriksaan suhu
 

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…