Pelarian PKPB ke Kelantan diminta kuarantin agar tidak sebarkan Covid-19 kepada negeri itu

oleh HEZERI SAMSURI|
Ribuan warga Lembah Klang yang mahu "menyelamatkan" diri dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal memberikan risiko penyebaran pandemik Covid-19 kepada keluarga mereka di kampung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Atas dasar itu. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin menasihatkan mereka yang datang dari Lembah Klang untuk "berteduh" dari PKPB di Kelantan agar dikuarantinkan di rumah selama 14 hari untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.

Di dalam pekeliling beliau, Zaini meminta keluarga-keluarga yang sedang menunggu kepulangan sanak-saudara dari Lembah Klang itu meletakkan mereka di satu kawasan terasing selama tempoh kuarantin 14 hari sebelum mereka dibenarkan bergaul dengan sanak-saudara yang lain.

Selama tempoh 14 hari ini, mereka tidak dibenarkan pergi ke pusat membeli belah, melawat kaum keluarga yang lain, pergi ke masjid atau ke restoran," ujar beliau di dalam pekeliling tersebut.

Setakat ini Kelantan mempunyai 171 kes Covid-19 dan tidak ada kes baharu dalam masa beberapa hari kebelakangan ini.

pekeliling


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…