Pelantikan MAM bakal beri sinar baharu buat sukan permotoran dua roda Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Motorsports Association of Malaysia (MAM) telah dilantik sebagai badan pentadbir rasmi untuk kesemua aktiviti motosikal di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelantikan tersebut dibuat semasa Perhimpunan Agung Tahunan FIM yang diadakan di Monaco baru-baru ini. 

Hal ini diputuskan oleh Barisan Pengarah FIM yang mengusulkan pelucutan hak Automobile Association of Malaysia (AAM) daripada tugas yang telah diamanahkan. 

Undian rahsia telah pun dijalankan setelah mendengar hujah daripada Nicola Noth, pakar undang-undang sukan dari Switzerland dan Tan Sri Mokhzani Mahathir yang mewakili kedua-dua AAM dan MAM, di mana ia menerima undian majoriti lebih dua pertiga daripada delegasi untuk mengusir AAM daripada FIM. 

Ia disusuli dengan usul untuk menerima MAM ke dalam gabungan dan telah dipersetujui sebulat suara. 

Sebagai sebuah badan pentadbir rasmi, MAM berazam untuk terus membangunkan, menyokong dan memastikan kesinambungan sukan permotoran Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi. 

Dalam masa yang sama, MAM turut mengucapkan terima kasih kepada YM Tunku Muzaffar, Presiden AAM atas usaha dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada arena sukan permotoran di Malasyia.