Pelanggan yang sudah tempah Axia lama digalak tukar model baharu, lebih moden dan selamat

oleh Mohamad Hanif|
Perodua siang tadi mengumumkan pembukaan tempahan bagi model generasi baharu Axia 2023 di mana ia bakal dilancarkan secara rasmi pada pertengahan bulan Februari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, hattchback segmen A Perodua Axia generasi pertama telah pun dihentikan produksinya pada bulan ini bagi memberikan laluan kepada produksi model generasi baharu model tahun 2023.

Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad semasa sidang media memaklumkan pihaknya menyarankan mana-mana pelanggan yang sudah menempah Axia sebelum ini untuk bertukar kepada Axia baharu.

Jelasnya lagi, pihak Perodua tidak akan memaksa pelanggan untuk membuat penukaran model tersebut, memandangkan mereka faham akan perbezaan harga yang wujud antara kedua-dua model tersebut.

Perodua juga bersetuju akan menyerap kos SST bagi pelanggan yang mahu menukar kepada Axia 2023, namun ia dikhususkan untuk mereka yang sudah menempah Axia sebelum 30 Jun 2021 di bawah inisiatif PENJANA.

Perodua walau bagaimanapun masih lagi belum memutuskan langkah yang sewajarnya bakal diambil untuk pelanggan yang menempah Axia selepas tempoh inisiatif tersebut tamat.

Baca: Spesifikasi ringkas Perodua Axia 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sedan Perodua Bezza masih lagi merupakan model terlaris di mana sebanyak 40,555 unit telah terjual…
Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani, tiga suspek tersebut ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth…
Berita Global
Isu terbaharu itu menjejaskan kira-kira 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan…