Pelanggan Mercedes-AMG ONE bakal menerima unit masing-masing menjelang 2021

oleh Mohamad Hanif|
Fasa pembangunan projek gila Mercedes-AMG One kini tidak menepati perancangan yang ditetapkan, disebabkan bukan satu perkara yang mudah untuk memastikan enjin perlumbaan F1 mampu beroperasi dengan cemerlang untuk kegunaan jalan raya biasa.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Namun, AMG kini yakin mereka akan tetap dapat menghantar kesemua unit Mercedes-AMG One kepada para pelanggannya bermula tahun 2021. 

 


Bercakap kepada laman automotif Road & Track, ketua pengurusan produk dan jualan global AMG Michael Knoller berkata, kesemua para pelanggan One sudah pun diberitahu berkenaan hal ini. 

"Untuk memastikan teknologi F1 boleh digunakan di atas jalan raya, anda perlu menempuh laluan dan cabaran yang sukar bersama-sama pelanggan," ujarnya lagi. 
 


Antara cabaran tersebut termasuklah memastikan enjin tersebut mampu melahu dengan stabil pada putaran enjin 1,200 rpm, berbanding putaran 5,000 rpm seperti kebiasaan enjin perlumbaan. 

Kenapa perlu turun sebanyak itu? 

Ini adalah disebabkan regulasi pelepasan emisi semasa serta peraturan bunyi yang kini sudah pun mula berkuatkuasa, jadi ia merupakan satu cabaran memandangkan enjin tersebut asalnya merupakan sebuah enjin yang khas untuk berlumba.
 


Mercedes-AMG One hanya diproduksikan dalam 275 unit terhad, dan kesemuanya telah pun habis terjual pada harga RM11 juta itu. 

Seperti yang dilaporkan, jentera itu menggunakan enjin Formula One berkapasiti 1.6 liter turbo V6, dibantu dengan sistem hibrid empat buah motor elektrik, ia mampu menjana kuasa keseluruhan berjumlah 1,231 hp. 

Namun, anda harus ingat, enjin F1 ini mempunyai had dan limitasi tersendiri, seperti mana yang kami pernah sentuh pada artikel di bawah. 

Baca: Enjin F1 dalam kereta biasa - Idea Bernas atau Kerja Gila?

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tetapi baru-baru ini, syarikat tersebut rasmi mendedahkan rupa sebenar hypercar Nilu27 ini yang…
Berita Global
Hypercar berenjin tengah dengan dua tempat duduk itu menghasilkan lebih 1,200 HP, yang dikuasakan…
Berita Global
Nilu27 dikuasakan oleh enjin V12 dengan redline pada 11,000 rpm, walaupun ia masih boleh ditarik hi…