Pelanggan Alpina 'tidak berminat' dengan EV

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun BMW kini sedang aktif membawakan pelbagai jenis model kenderaan elektrik, namun lain pula ceritanya dengan jenama eksklusif Alpina.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana menurut ketua eksekutif Alpina Andreas Bovensiepen ketika ditemubual Bimmer Today menjelaskan, kebanyakan pelanggan mereka tidak berminat dengan kenderaan elektrik.

"Kira-kira beberapa bulan yang lalu, kami telah membuat kajian soal selidik berhubung kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik bateri (BEV). Hasil kajian mendapati kebanyakan pelanggan tidak berminat terhadap BEV pada ketika ini.

Salah satu isu yang ditimbulkan adalah kebimbangan terhadap jarak operasi, di mana kebanyakan pelanggan Alpina terdiri daripada mereka yang gemar melakukan perjalanan jarak jauh dengan julat antara 30,000 km hingga 50,000 km setiap tahun.

 

XB7 Alpina


Jadi, kenderaan Alpina perlulah mempunyai keupayaan yang pantas, dan yang paling penting tidak terganggu dengan jarak operasi yang agak singkat seperti apa yang ditawarkan oleh kebanyakan kenderaan elektrik pada ketika ini.

Tambah Bovensiepen lagi, sekiranya Alpina menawarkan prestasi yang sama daripada model V8 kepada sebuah EV, ia hanya mampu menawarkan jarak operasi sejauh 200 km sahaja.

Namun begitu, ia tidaklah bermakna Alpina akan terus mengenepikan pelaksanaan elektrifikasi barisan model sedia ada, memandangkan mereka juga perlu mematuhi peraturan pelepasan emisi yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah.

"Kami mungkin akan menawarkan kenderaan hibrid atau elektrik bateri untuk jangka masa pendek, akan tetapi kami sedang melihat kepada permintaan terhadap model EV seperti BMW i4 dan iX3.

Sumber: Bimmer Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala itu baru-baru ini telah mengemaskini penawaran B5 dengan melancarkan Alpina B5 GT…
Berita Global
Namun, jenama Alpina yang baharu sahaja dimiliki oleh pengeluar tersebut kini tampil dengan…
Berita Global
Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Alpina dikatakan akan terus menghasilkan model-…