Pelancong maut dirempuh BMW M5 di Melaka

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang pelancong lelaki yang sedang melintas jalan maut dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Merdeka, di hadapan sebuah kedai dobi layan diri di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, mangsa Tatarian Maurice, 64, berasal dari Perancis, dipercayai berjalan kaki untuk melintas persimpangan Jalan Melaka Raya 12, sebelum dirempuh kereta BMW yang dipercayai hilang kawalan selepas bertembung dengan kereta Honda Jazz.

Difahamkan, selepas dirempuh BMW terbabit, mangsa diseret kira-kira 20 meter sebelum tersepit antara kereta dan tiang bangunan di hadapan kedai dobi layan diri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata berdasarkan siasatan awal, kereta BMW dipandu lelaki berusia 34 tahun bergesel dengan kereta Honda Jazz dipandu lelaki berusia 27 tahun, menyebabkan kereta BMW hilang kawalan lalu merempuh mangsa yang berjalan kaki sebelum terbabas ke kanan jalan iaitu naik ke kaki lima bangunan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan teruk pada badan dan kaki, manakala pemandu kedua-dua kereta tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, manakala kedua-dua kenderaan ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” kata Afzanizar.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Akibat kemalangan itu, kereta BMW yang merempuh mangsa, paip dan juga kerusi di kaki lima rosak teruk di bahagian hadapan dan lampu kiri kereta itu tercabut keluar manakala tayar hadapan kanan Honda Jazz tercabut.

Dalam pada itu, pemandu Honda Jazz berusia 27 tahun berkata, dia berada di lorong kiri di laluan sehala dua lorong di Jalan Merdeka.

“Saya mahu masuk ke persimpangan kanan, tiba-tiba datang kereta BMW laju dari laluan kanan melanggar saya. Saya terbabas ke kiri dan dia terbabas ke kanan, melanggar pejalan kaki,” kata pemandu kereta Honda Jazz, ketika ditemui.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…