Pelancong Malaysia Berlumba di Hat Yai, Cetus Gangguan Awam

oleh Qalif Latif|
Tular di media sosial, beberapa kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia didakwa terlibat dalam perlumbaan haram dan mengganggu ketenteraman awam di Hat Yai, Thailand.

Menurut laporan Khaosod English, enam buah kereta dilihat berpusing tiga kali di hadapan Greenway Night Market sekitar jam 1:30 pagi Sabtu lalu, sebelum menghalang satu lorong di Jalan Kanchanawanit. Penduduk tempatan mengadu tentang bunyi bising dan gangguan lalu lintas.

Lumba haram

Pihak polis Thailand percaya kenderaan terbabit milik pelancong Malaysia dan sedang berusaha mengenal pasti identiti mereka.

Lumba haram

Tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab ini mencemarkan imej rakyat Malaysia di luar negara. Pelancong seharusnya menghormati undang-undang tempatan dan tidak membawa budaya samseng jalanan ke negara orang.

Berhemah ketika melancong bukan sahaja menjaga keselamatan, malah memelihara nama baik negara.

Sumber:

https://www.facebook.com/photo?fbid=840569674759802

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, operasi khas ini dilaksanakan bagi mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 pagi itu, enam individu terlibat dalam kemalangan berkenaan…
Berita Domestik
Ini kerana tegas beliau, kegiatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah meletakkan nyawa…