Pelancaran Toyo Proxes CR1 19 November ini - rebut peluang menang satu set tayar baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu siaran media yang dihantar baru-baru ini, Toyo Tyre Malaysia mengumumkan pelancaran rasmi produk tayar baharu di bawah keluarga Proxes, iaitu Proxes CR1 pada 19 November ini, jam 9.00 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siaran rasmi acara pelancaran tersebut boleh ditonton menerusi laman rasmi Facebook Toyo Tyre Malaysia dipautan https://www.facebook.com/ToyoTyreMY/.

Produk Proxes CR1 merupakan tayar baharu yang direka untuk pemanduan yang lebih lancar, menyenangkan serta memberikan pengalaman premium pada kenderaan penumpang dan SUV.

Selain menawarkan prestasi yang cemerlang di atas jalan basah dan juga kering, Proxes CR1 dikatakan mampu menyumbang kepada penjimatan bahan api dan jangka hayat yang lebih lama.

Kesemua ini mampu dicapai, terima kasih kepada teknologi T-Mode dan Nano Balance Technology yang mampu memberikan gambaran penggunaan dalam dunia sebenar, serta bertujuan untuk mengoptimasikan prestasi komponen benang tayar.

 


Sepanjang acara berlangsung, pelumba professional Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel akan berkongsi pengalaman peribadi menggunakan tayar Proxes CR1 yang dipasang pada kereta beliau, iaitu Mercedes-Benz C230.

Malah, Toyo Tires turut menawarkan hadiah utama berupa satu set tayar Proxes CR1 kepada tiga pemenang utama yang mampu menjawab lima soalan yang dilontarkan dengan pantas dan tepat, manakala selebihnya akan menerima baucer petrol PETRONAS bernilai RM20 setiap satu.

Segala spesifikasi dan harga jualan Proxes CR1 hanya akan diumumkan pada hari pelancaran rasmi pada 19 November ini.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Proxes Sport 2 merupakan produk tayar berprestasi tinggi yang direka dengan dua ciri terbaharu bagi…
Berita Domestik
Kerjasama antara Tengku Djan Ley dan Toyo Tires adalah strategi utama dalam mengukuhkan posisi Toyo…
Berita Domestik
Katanya, pelajar-pelajar yang menerima Program Biasiswa Mahasiswa 2021 terdiri dari kalangan…