Pelancaran SOCAR bakal tutup 'periuk nasi' Uber, GrabCar?

oleh Afandi Che Muhamad|
Perkhidmatan kereta sewa secara digital daripada Korea Selatan, SOCAR nampaknya bertindak melebarkan portfolio pasaran ke Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menarik bukan? Teknologi canggih yang ada pada kereta sewa SOCAR ini adalah ia tidak memerlukan kunci kereta.

Tugas membuka dan mengunci kereta hanya dilakukan menerusi aplikasi SOCAR. Enjin kereta ini boleh dihidupkan dengan menekan butang Push Start.

Akses kepada fungsi berkenaan akan diberikan kepada pengguna apabila waktu sewaan bermula.

Baru dilancarkan semalam, pengguna kini boleh memuat turun aplikasi SOCAR di Apple Appstore (iPhone) atau Google Playstore (Android).

Selesai sahaja proses muat turun aplikasi, pengguna akan diarahkan untuk membuat pendaftaran bersama kad pengenalan, lesen memandu serta maklumat pembayaran sama ada menggunakan kad debit atau kredit.

Pengguna hanya akan mendapat akses untuk melakukan tempahan kira-kira 10 minit selepas sesi pendaftaran selesai.

Dengan adanya SOCAR, urusan sewa-menyewa kereta menjadi lebih mudah kerana kenderaan berkenaan boleh disewa mengikut jam.

Tempoh sewaan yang dibenarkan minimum 30 minit dan paling lama kereta tersebut boleh disewa selama seminggu.

Jika pengguna menyewa selama 10 jam atau lebih, kadar sewaan akan terus dikira mengikut kadar sehari.

Sebagai permulaan, sebanyak 240 buah kereta ditawarkan dan kenderaan tersebut boleh didapati di 100 lokasi utama sekitar Kuala Lumpur seperti pusat membeli-belah Bukit Bintang, KL Sentral, Mid Valley dan Cyberjaya.

Pengguna boleh mengambil kereta SOCAR yang disewa di lokasi yang diberitahu menerusi aplikasi tersebut selepas melakukan tempahan.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian, SOCAR ada menyediakan servis pintu ke pintu (D2D).

Petugas SOCAR akan menghantar dan mengambil semula kereta sewa dengan kadar tambahan RM5. Perkhidmatan D2D itu terhad di Bangsar dan Damansara Heights sahaja.

Terdapat empat jenis kereta disediakan untuk dipilih pengguna seperti Perodua Axia, Honda City, Honda HRV dan Mini Cooper.

Berikut merupakan senarai kadar sewaan (kadar hari bekerja, hujung minggu adalah berbeza) bagi keempat-empat kereta SOCAR yang ditawarkan:

HARI BEKERJA (Isnin-Jumaat)
Perodua Axia – RM8 per jam dan RM80 per hari
Honda City – RM9.90 per jam dan RM99 per hari
Honda HRV – RM18.90 per jam dan RM189 per hari
Mini Cooper – RM25 per jam dan RM250 per hari

HUJUNG MINGGU (Sabtu dan Ahad)
Perodua Axia – RM11 per jam dan RM110 per hari
Honda City – RM15.90 per jam dan RM159 per hari
Honda HRV – RM25 per jam dan RM250 per hari
Mini Cooper – RM30 per jam dan RM300 per hari

Untuk makluman, caj sewaan tersebut disertakan pakej isian petrol tanpa had. Jadi, pengguna tidak perlu bimbang dengan harga petrol.

Tidak terhad dengan manfaat isian petrol sahaja, SOCAR  turut menawarkan satu pas yang dikenali Stress Free Pass yang sesuai untuk kegunaan pengguna yang mahu bersosial selepas tamat waktu bekerja.

Pas tersebut membolehkan pengguna menikmati kadar sewaan rata (flat rate) bermula dari Isnin hingga Khamis (efektif pukul 7 malam hingga 8 pagi, hari berikutnya).

Kadar Stress Free Pass yang ditawarkan seperti berikut:

Perodua Axia – RM28
Honda City – RM37
Honda HRV – RM69

Bagi menarik lebih ramai pengguna, SOCAR turut menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk dua kali tempahan pertama.

Tawaran tersebut dibuka bermula semalam sehingga 31 Januari depan.

Apa yang kurang menarik di sini, SOCAR meletakkan had jarak pemanduan bagi setiap sewaan kereta.

Menurut maklumat yang diterima, pengguna hanya dibenarkan memandu sejauh 30 kilometer (km) bagi setiap satu jam.

Bagi tempoh sewaan selama 24 jam atau satu hari pula, jarak perbatuan maksimum yang dibenarkan sejauh 300km sahaja.

SOCAR tidak akan teragak-agak untuk mengenakan caj tambahan sebanyak 25 sen per kilometer jika pengguna didapati memandu melebihi dari jarak dibenarkan.

Kepada mana-mana pengguna yang berhasrat untuk memanjangkan tempoh sewaan, ia boleh dibuat terus dari aplikasi.

Harus diketahui, tempoh sewaan hanya boleh dipanjangkan jika tiada tempahan lain untuk kereta berkenaan.

Tamat tempoh sewaan, pengguna perlu memulangkan semula kereta tersebut ke tempat sama ketika ia mula diambil sebelum ini (setiap kereta SOCAR memiliki ruang parkir tersendiri dan berlainan mengikut lokasi).

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tersebut boleh diperoleh menerusi laman web www.socar.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kerjasama dengan pengendali titik pengecasan (CPO) seperti CDG Engie, City Energy Go dan…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia berkata, “dalam dunia hari ini yang…
Gaya Hidup
Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-…