Pelancaran siri baharu van CAM Kingo - harga bermula dari RM101 ribu OTR

oleh Mohamad Hanif|
R&A Marketing Sdn Bhd, sebuah subsidiari Sendok Group dan pengedar tunggal King Long Minivan di Malaysia telah melancarkan siri baharu van CAM Kingo pada minggu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Dato' Hj Wazir bin Hj Muaz, Pengerusi Kumpulan Sendok Group, Lau Kian Hoot, Pengarah Eksekutif Kumpulan Sendok Group, Azlan Shah bin Al Bakri, Pengarah AM APAD, Simon Xie, Pengarah Urusan Pemasasan dan Jualan Luar Negara Xiamen King Long United Automotive Industry Co. Ltd. 

CAM Kingo terdiri daripada empat varian iaitu: 

  • Kingo Ute Panel - van panel bumbung tinggi
  • Kingo Ute Window - 15 tempat duduk spesifikasi asas
  • Kingo - 15 tempat duduk spesifikasi Comfort
  • Kingo Plus - 18 tempat duduk spesifikasi Comfort

 


Keempat-empat varian didatangkan dengan enjin diesel 3.0 liter Common Rail Intercooler Euro 3 menghasilkan 148 kuasa kuda dan 370 Nm @ 2,000 rpm. 

Antara ciri standard yang didatangkan termasuklah lampu nyalaan siang LED, lampu utama projektor halogen, rim aloi bersaiz 16 inci, sembilan corong pendingin hawa, tempat duduk semi fabrik dan dua unit pintu gelongsor. 

Manakala ciri keselamatan standard termasuklah ABS, EBD serta ciri kamera undur yang dipadankan dengan sensor pengesan jarak. 
 


CAM Kingo didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu), selain sokongan talian 24/7, rangkaian servis di 65 buah lokasi seluruh negara dan servis penundaan  percuma. 

Harga jualan atas jalan (tidak termasuk insurans) pula adalah seperti berikut:

  • Kingo Ute Panel - RM100,870.00
  • Kingo Ute Window - RM106,211.20
  • Kingo - RM125,211.20
  • Kingo Plus - RM143,211.20
     

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi laman Facebook Hyundai Thailand, model terbaharu itu akan dilancarkan secara rasmi pada 9…
Berita Global
VW Caddy PanAmericana dilancarkan untuk menggantikan varian Caddy Alltrack, dan diberikan pakej…
Berita Global
Nissan NV300 yang mengambil bentuk daripada generasi ketiga Renault Trafic ini membawakan perubahan…