Pelancaran Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (OSH Week) 2018

oleh Mohamad Hanif|
YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah melancarkan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Kebangsaan (OSH Week) 2018 di Perodua Learning Centre, Sungai Choh, Selangor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

OSH Week adalah satu acara tahunan yang disambut pada minggu kedua setiap bulan Julai bertujuan untuk memberikan maklumat terkini terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan, serta mempromosikan pemeliharaan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan majikan, pekerja dan orang awam. 

Tema OSH Week pada kali ini ialah Workplace Accident Free Week (WAFEW). 


Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pkerja (JKKP), terdapat 23,006 notis dikeluarkan daripada 269,877 pemeriksaan yang dilakukan ke atas tempat kerja dengan 1,026 kesalahan telah dikompaun manakala 324 kes didakwa atas kesalahan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 

Dalam usaha kerajaan mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat, semua pihak (majikan, pekerja dan orang awam) serta badan bukan kerajaan NGO perlu bersama-sama mengambil inisiatif yang selari dengan prinsip peraturan kendiri yang menjadi teras Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg. Datuk (Dr) Aminar Rashid bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) En. Amir bin Omar dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ir Hj Omar bin Mat Piah.