Pelancaran rasmi Toyota RAV4 2020 dalam masa terdekat - pendaftaran kini dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada membawakan kemaskini terhadap model sedan Corolla, UMW Toyota juga nampaknya tidak sabar untuk membawakan lebih banyak model-model baharu untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi satu laman khas yang dibuat di laman web, UMW Toyota akhirnya membuka pendaftaran minat kepada model SUV yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia, iaitu Toyota RAV4.

Seperti yang kami laporkan tahun lalu, UMW Toyota bakal membawakan SUV Toyota RAV4 untuk pasaran Malaysia, setelah negara jiran Singapura melancarkannya menerusi acara Singapore Motor Show 2019.

 


Di Singapura, hanya ada satu varian sahaja ditawarkan yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter M20A-FKS yang mampu menghasilkan 170 bhp dan daya kilas 203 Nm yang masuk penuh pada 4,400 rpm dengan transmisi CVT.

Ciri standard yang ditawarkan oleh Toyota RAV4 pasaran Singapura merangkumi ciri pencahayaan lampu suram, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, tujuh buah beg udara sebagai ciri standard dan juga Toyota Safety Sense iaitu:

  •     Amaran Penukaran Laluan
  •     Kawalan Pelayaran Berasaskan Radar
  •     Lampu Suluhan Tinggi Automatik
  •     Amaran Pra-Pelanggaran
  •     Brek Kecemasan Automatik

 


Menurut sumber dalaman yang diperoleh pada tahun lalu, harga jualan Toyota RAV4 (disyaki unit import sepenuhnya) bakal memiliki tanda harga yang menghampiri RM200 ribu.

Mahal?

Sebagai perbandingan, harga jualan Toyota RAV4 di Singapura bermula dari $119,988 (RM363,606) seunit.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…