Pelancaran rasmi Toyota RAV4 18 Jun ini - nadi 2.5 liter Dynamic Force, 207 PS/243 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Pihak UMW Toyota telah mendedahkan teaser berbentuk gambar dan video yang menandakan pelancaran rasmi model SUV Toyota RAV4 yang bakal berlangsung pada 18 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu informasi penting yang sempat diperoleh adalah spesifikasi enjin, di mana Toyota telah mengesahkan SUV RAV4 ini bakal didatangkan dengan nadi Dynamic Force 2.5 liter, tidak seperti varian yang dilancarkan di Singapura pada tahun lalu.

Atas kertas, enjin A25A-FKS empat silinder sebaris aspirasi natural itu mampu menjana kuasa 207 PS dan 243 Nm daya kilas yang digandingkan dengan transmisi Direct Shift automatik lapan nisbah kelajuan.

 


Selain daripada itu, Toyota RAV4 juga bakal didatangkan dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri seperti sistem pemantauan titik buta dan juga brek kecemasan autonomi.

Generasi kelima Toyota RAV4 ini dibangunkan berdasarkan platform Toyota New Global Architecture (TNGA-K) yang berkongsi model dengan model moden Toyota seperti Camry, Harrier dan juga Sienna.

Sebagai sebuah SUV di dalam segmen C, Toyota RAV4 bakal bersaing dengan model-model seperti Honda CR-V dan Mazda CX-5.

 


Perincian penuh beserta harga jualan bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi pada 18 Jun ini menerusi acara yang disiarkan dalam talian.

Kemaskini: Pihak kami turut menerima risalah produk Toyota RAV4 yang memaparkan spesifikasi penuh termasuklah penawaran enjin 2.0 liter M20A-FKS bagi melengkapkan penawaran varian 2.5 liter seperti yang disebutkan di atas.

Namun, sejauh mana kebenaran spesifikasi hanya akan diketahui menjelang pelancaran rasmi model SUV ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan tersebut mendedahkan hampir 25 peratus daripada pembeli baharu mempertimbangkan model…
Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Rupa paras Corolla Cross tidaklah seagresif pesaing dalam segmennya, namun bagaimana jika anda…