Pelancaran rasmi Subaru BRZ 2022 pada 18 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Debaran semakin memuncak bagi mereka yang menantikan kehadiran kereta sports pacuan roda belakang Subaru BRZ apabila pengeluar Jepun itu mengumumkan tarih pelancarannya pada 18 November ini.
Modenas

Serentak dengan itu, Subaru turut sama memperlihatkan sebuah lagi gambar teaser - kali ini menampilkan bahagian hadapan dengan bentuk lampu utama tanpa sebarang pelekat samaran.

Berdasarkan gambar tunggal tersebut, Subaru BRZ 2022 difahamkan bakal mempunyai rekaan hadapan yang berbeza dengan unit lampu utama serba baharu yang dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED, serta rekaan hud yang berlekuk.

Di bahagian bumper, terdapat kehadiran aksen hitam berdekatan dengan liang kemasukan udara dikesan.

 


Daripada gambar intipan yang diperoleh beberapa bulan yang lalu, Subaru BRZ 2022 menampilkan mesh gril sarang lebah dengan liang kemasukan udara menegak, garisan badan yang lebih bersudut dan bentuk keseluruhan yang diarusperdanakan.

Rekaan belakang pula tampak elegan dengan kehadiran spoiler terintegrasi, serta kehadian sistem ekzos berkembar dan unit lampu yang lebih tajam.

Spesifikasi enjin masih lagi tidak disahkan, namun terdapat laporan yang mencadangkan BRZ generasi baharu akan dilengkapi enjin 2.4 liter yang menghasilkan 217 kuasa kuda dan 240 Nm.

Walaupun tampak tidak begitu tinggi, namun Subaru telah mengesahkan bahawa BRZ generasi baharu akan mementingkan aspek pengendalian dan berat badan yang ringan berbanding angka kuasa kuda yang tinggi.

 


Sumber gambar intipan: CarScoops

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Subaru BRZ Berkongsi dengan model legend Toyota GT86, ia hadir dengan enjin 2.0L boxer dengan…
Berita Global
Tema yang digunakan dalam video Gymkhana yang terbaharu ini adalah aksi lasak yang bakal…
Model Terbaharu
Seperti yang diduga sebelum ini, Subaru BRZ 2022 kini membawakan enjin berkapasiti lebih besar,…