Pelancaran rasmi Perodua D55L ditunda ke bulan Mac 2021?

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu berita yang kurang menyenangkan bagi mereka yang menantikan kehadiran SUV baharu Perodua D55L dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan daripada rakan media Wapcar, pelancaran SUV baharu itu berkemungkinan besar akan ditangguhkan ke bulan Mac 2021, dan bukan jangkaan asal sebelum Tahun Baru Cina seperti sangkaan umum.

Ini kerana pengeluaran model tersebut terpaksa dianjakkan berikutan wabak pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda.

 


Malah, sehingga ke saat ini kebanyakan pengedar dan penjual rasmi Perodua juga masih lagi belum menerima latihan jualan yang kebiasannya akan diadakan sebelum tarikh pelancaran rasmi.

Ini adalah untuk memastikan Perodua tidak mahu menyumbang kepada kewujudan kluster baharu seperti insiden Kluster Auto yang berlaku pada bulan Oktober tahun ini.

Menurut satu lagi informasi dari rakan media Funtasticko, Perodua dikatakan akan memulakan fasa pengeluaran D55L sekitar bulan Februari 2021 mendahului pelancaran rasmi yang dijangka akan mengambil tempat sekitar pertengahan atau penghujung Mac 2021.

 

gambar hiasan: Daihatsu Rocky


Difahamkan, Perodua bakal menawarkan sehingga tiga varian untuk D55L, iaitu varian asas G, varian pertengahan X dan varian AV yang paling premium, serta penawaran kit aksesori GearUp khusus untuk SUV baharu ini.

Sumber: Wapcar, Funtasticko

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…