Pelancaran rasmi Mitsubishi Outlander 16 Februari ini menerusi Amazon Live

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, serangan pandemik COVID-19 yang masih belum reda menyebabkan pengeluar automotif kini lebih mengutamakan platform dalam talian untuk pelancaran sesebuah produk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mitsubishi juga nampaknya bakal menggunakan langkah tersebut namun mengambil pendekatan yang sedikit berbeza - menggunakan Amazon Live untuk melancarkan Outlander generasi baharu.

Platform Amazon Live merupakan alternatif dalam talian kepada saluran membeli belah terkenal di Amerika Syarikat, QVC yang memaparkan sesebuah produk secara siaran langsung.

Ini bermakna, Mitsubishi Outlander 2022 bakal menjadi model kenderaan pertama yang dilancarkan di platform Amazon Live pada 16 Februari ini.

 


Namun, ini tidak bermakna Mitsubishi Outlander perlu ditempah menerusi laman Amazon, anda masih lagi perlu mencari pusat pengedar yang berhampiran untuk mendapatkan Outlander baharu ini.

Seperti yang diketahui, Mitsubishi Outlander bakal membawakan elemen yang terdapat pada model konsep Engelberg Concept, sistem pacuan semua roda Super All Wheel Control AWD, serta berkongsi platform yang sama dengan Nissan Rogue/X-Trail.

Bahasa rekaan yang bakal ditampilkan menerusi Outlander ini dikatakan mengambil inspirasi daripada model lagenda Pajero, serta menandakan hala tuju baharu jenama tersebut.

Nantikan informasi lanjut menjelang pelancaran rasmi pada 16 Februari ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah populariti model SUV Outlander…