Difahamkan, Lexus LM bakal hadir dalam varian LM 350, didatangkan dengan enjin 2GR-KFS 3.5 liter bentangan V6 yang menghasilkan 296 kuasa kuda dan 360 Nm, pacuan roda depan serta padanan transmisi Direct-Shift lapan kelajuan.
Untuk pasaran Malaysia, Lexus LM didatangkan dalam konfigurasi empat tempat duduk sahaja, di mana tempat duduk baris kedua didatangkan dengan tempat duduk Adaptipedic yang boleh dibaringkan serta hadir dengan ciri urutan Ottoman.
Memisahkan ruang tersebut dengan kabin pemandu adalah 'dinding' yang menempatkan skrin HD penuh bersaiz 26 inci, serta tingkap kaca yang boleh dinaikkan atau diturunkan untuk tujuan privasi.
Untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat, Lexus LM 350 dilengkapi dengan tujuh beg udara, serta ciri keselamatan Lexus Safety System+ yang merangkumi komponen seperti
Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
Kawalan Pemanduan Radar Dinamik (DRCC)
Bantuan Pengesan Laluan (LTA)
Amaran Keluar Laluan (LDA)
Sistem Suluhan Tinggi Adaptif (AHS)
Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
Seperti yang diumumkan sebelum ini, harga jualan anggaran Lexus LM bermula dari RM1,148,000.