Pelancaran rasmi Kawasaki ZX-25R 10 Julai ini!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi yang tidak sabar menunggu kehadiran model Kawasaki Ninja ZX-25R, penantian anda kini semakin tiba ke penghujungnya apabila pihak Kawasaki Motor Indonesia (KMI) mendedahkan sebuah video teaser menerusi saluran YouTube.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi paparan video berdurasi 54 saat itu, kelihatan dua buah motosikal yang berbeza bersaing dari garis permulaan mengelilingi Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia dengan ngauman ekzos yang nyaring itu.

Pihak Kawasaki Indonesia menetapkan pelancaran rasmi Ninja ZX-25R pada 10 Julai ini jam 3.00 petang waktu tempatan, atau jam 4 petang waktu Malaysia.

Tentu ramai yang tertanya-tanya, apakah spesifikasi lengkap Kawasaki ZX-25R yang didatangkan dengan enjin 250 cc empat silinder sebaris itu, serta harga jualan - adakah ia berpadanan dengan spesifikasi yang ditawarkan?

Paling dinantikan, adakah model ini akan dipasang oleh pihak Modenas untuk pasaran Malaysia?

Jangan lupa 10 Julai ini!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…
Model Terbaharu
Dengan kehadirannya ke pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R kini menjadi model paling berkuasa dalam…
Berita Global
Selain daripada itu, ia masih lagi merupakan model yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia…