Pelancaran rasmi Hyundai Elantra N 14 Julai ini?

oleh Mohamad Hanif|
Sama seperti Mercedes-AMG atau BMW M, huruf N bagi pengeluar automotif Hyundai melambangkan kelajuan, di mana ia sebenarnya membawakan dua maksud yang berbeza, iaitu pusat R&D Namyang dan juga Litar Nurburgring.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebut pasal Nurburgring, Hyundai baru-baru ini telah memuatnaik sebuah video teaser ringkas yang memberikan bayangan pelancaran rasmi sedan berprestasi tinggi Elantra N pada 14 Julai ini.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan lakaran litar Nurburgring pada sekeping kertas, sebelum diakhiri dengan logo Hyundai N yang menampakkan kelibat Elantra N dan juga crossover Kona N.

Menariknya, Hyundai sebelum ini telah memperlihatkan secara rasmi crossover pantas Kona N, jadi tidak diketahui sama ada Kona N yang diperlihatkan ini merupakan versi yang lebih serius ataupun tidak.
 

Elantra N


Terdapat juga kemungkinan Hyundai akan memaparkan keputusan rasmi masa pusingan kedua-dua model tersebut di litar Nurburgring, disebab sebelum ini tiada catatan masa dibuat oleh mana-mana model N.

Namun, ketua Hyundai N Albert Biermann ketika pelancaran i30 N dibuat mengesahkan beliau tidak pernah kisah berkenaan masa terpantas di litar Nurburgring ketika ditemubual.

Hyundai Elantra N bakal membawakan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa sehingga 275 hp yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau DCT lapan kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model terdahulu, Elantra N 2024 membawakan perubahan kecil dari segi kosmetik, diikuti…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Setiap satu model tersebut menampilkan dua varian warna yang berbeza, namun butiran lain seperti…