Pelancaran rasmi Honda Civic facelift - tiga varian, bermula dari RM114k

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama, akhirnya Honda Malaysia berkesempatan merasmikan pelancaran model facelift Honda Civic baharu yang kini didatangkan dengan ciri keselamatan terkini Honda SENSING.

Tidak ketinggalan, beberapa perubahan kecil turut didatangkan supaya menjadikan imej Honda Civic sebagai sebuah sedan yang kekal malar segar dan setanding di dalam kelasnya. 
 


Honda Civic 2020 didatangkan dengan nadi 1.5 liter VTEC Turbo yang menghasilkan 173 PS dan 220 Nm, serta nadi 1.8 liter aspirasi natural yang menghasilkan 141 PS dan 174 Nm, serta menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Perubahan yang dibawakan lebih kepada kemas kini aspek kosmetik dan luaran pada sedan segmen C ini, dimulakan dengan pemakaian 'Honda Wing' yang diwarnakan hitam berbanding krom pada model terdahulu. 
 


Selain daripada itu, bahagian bumper juga menerima kemasan yang lebih lebar dengan trim berwarna hitam di bahagian lampu kabus hadapan. 

Manakala di ruang belakang pula, terdapat spoiler yang bertenggek di atas bonet manakala bumper belakang diberikan sedikit kemas kini termasuklah kemasan krom melintangi bahagian bawah.

Honda juga turut membawakan rim aloi rekaan baharu bersaiz 18 inci untuk model facelift ringan ini. 
 


Selain daripada perubahan bersifat kosmetik yang dinyatakan diatas, perubahan terbesar yang dibawakan untuk Honda Civic 2019 kali ini adalah penambahan sistem keselamatan Honda Sensing yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC) dengan Kemampuan Mengikut Kelajuan Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Sistem Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Penukaran Laluan (LDW)
  • Bantuan Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • sistem kamera Honda LaneWatch
     


Ciri diatas merupakan tambahan kepada ciri keselamatan sedia ada seperti:

  • enam beg udara
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA)
  • Agile Handle Assist (AHA)
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA)
  • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Brek anti-kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Auto Brake Hold 
  • ISOFIX

Antara ciri menarik yang ada pada Honda Civic termasuklah Pengilap Cermin Automatik, Tempat duduk berkuasa dengan lapan tetapan, Penghidup Enjin kawalan jauh, dan ciri auto kunci untuk semua varian.
 


Harga jualan Honda Civic 2020 bermula dari RM113,600 (1.8S), RM129,600 (1.5TC) dan RM139,600 untuk varian premium 1.5TC-P.

Honda Malaysia mensasarkan penjualan sebanyak 1,000 unit sebulan. 
 




Berikut merupakan ulasan video berkenaan pandu uji yang kami lakukan di Thailand pada tahun lalu. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Semenjak dilancarkan pada Februari tahun ini, Honda Civic facelift yang didatangkan dengan…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "Kami…
Berita Domestik
Majlis penyerahan kenderaan tersebut dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah…