Pelancaran rasmi Honda City Hatchback di Thailand 24 November ini!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Thailand dalam satu pengumuman baru-baru ini mengesahkan bakal melancarkan model terbaharu mereka, iaitu Honda City Hatchback pada 24 November ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam masa yang sama, Honda Thailand turut sama akan memperkenalkan Honda City e:HEV untuk pasaran tersebut setelah pengenalan secara rasmi di negara kita pada bulan lalu.

 

Dengan pengenalan model City Hatchback yang bakal berlangsung dalam masa terdekat, ini sekaligus menguatkan lagi berita bahawa Honda kini tidak lagi membawa masuk Jazz generasi terbaharu untuk pasaran Asia Tenggara.

Ini kerana beberapa laporan terdahulu mencadangkan bahawa penawaran Honda Jazz generasi terbaharu kini tidak lagi dikhususkan untuk pasaran ASEAN, memandangkan ia dibangunkan untuk pasaran yang lebih premium, seperti Eropah.

 

 

Dari segi luaran, Honda City Hatchback secara kasarnya membawakan rekaan yang hampir serupa dengan City Sedan, seperti lampu utama, gril, rekaan bumper serta grafik pada bahagian lampu belakang.

Namun, dari bahagian sisi dimensi City Hachback ini dilihat sedikit pendek disebabkan ketiadaan struktur boot belakang seperti sebuah sedan.

 


Jika dilihat kepada penawaran sedan Honda City di pasaran Thailand, Honda City Hatchback juga dijangka menawarkan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo (122 PS/173 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Model e:HEV juga dijangka bakal diperkenalkan di pasaran tersebut, jadi berkemungkinan besar City Hatchback juga bakal menerima manfaat daripada sistem hibrid i-MMD seperti yang diperlihatkan pada sedan City di pasaran tempatan.

Merujuk kepada spesifikasi City RS e:HEV yang diperlihatkan tempoh hari, ia menampilkan enjin 1.5 liter DOHC kitaran Atkinson yang dipadankan dengan motor elektrik dengan kuasa janaan sekitar 108 PS dan 253 Nm.

 


Satu persoalan, adakah City Hatchback ini bakal menerjah pasaran Malaysia?

Jawapan kami: ingatkah anda kepada pendaftaran tanda dagang City Hatchback yang dikesan di MyIPO tahun lalu? Bukti ini secara jelas memberikan bayangan bahawa generasi baharu Honda Jazz hampir pasti tidak akan memasuki pasaran Malaysia.

Ini bermakna, Honda Jazz di pasaran Malaysia akan berakhir pada generasi keempat, sebelum peranannya digantikan dengan Honda City Hatchback tidak lama lagi.

Sumber gambar: Theophilus Chin

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…