Malah, beberapa pengedar rasmi Honda telah pun membuka tempahan bagi model sportbike bersesaran 250cc itu semenjak awal bulan Oktober yang lalu.
Pihak Boon Siew Honda juga turut menjamin spesifikasi jentera ini akan mengikut versi facelift yang telah dilancarkan pada Julai lalu, dengan enjin 250cc yang menghasilkan 41 PS @ 13,000 rpm dan 25 Nm @ 11,000 rpm daya kilas.
Antara ciri menarik yang bakal hadir termasuklah sistem quickshifter, klac assist/slipper, sistem pendikit ride-by-wire, dan beberapa mod tunggangan yang boleh dipilih.
Harus diingat, sebagai perbandingan harga jualan di pasaran Jepun bermula dari 821,700 yen atau RM32 ribu mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.
Menurut siasatan daripada rakan media Bikes Republic, harga jualan anggaran untuk jentera CBR250RR ini sepatutnya lebih rendah daripada julat RM30,000.
Untuk para peminat dan pengikut tegar Honda CBR250RR, saksikan ruang ini kelak.