Serentak dengan itu, pihak JLRM menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai acara pelancaran secara langsung menerusi laman Facebook Land Rover Malaysia di https://www.facebook.com/landrovermalaysia

Ditawarkan dalam bentuk badan tunggal Defender 110, para pembeli boleh mendapatkan dua jenis trenkuasa, iaitu enjin 2.0 liter yang mampu menghasilkan 300 PS dan 400 Nm, atau enjin mild hybrid (MHEV) 3.0 liter dengan output 400 PS dan 550 Nm.
Antara ciri yang bakal dimuatkan pada Defender termasuklah kamera 3D Surround dengan ciri perspektif 360 darjah, ClearSight Ground View, Adaptive Dynamics with Electronic Air Suspension, keupayaan meredah air sedalam 900 mm, serta sistem infotainmen Pivi Pro baharu dengan sokongan Meridian Sound System.

Tidak seperti Land Rover Defender terdahulu, Defender generasi baharu ini dibangunkan menggunakan pembinaan casis monocoque aluminium (senibina D7x) yang menawarkan struktur badan yang lebih tegar, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda, transmisi automatik, disamping keupayaan menunda muatan seberat 3,500 kg.
Bagi mereka yang berminat boleh meneliti pakej yang ditawarkan menerusi laman web Land Rover Malaysia.