Pelancaran rasmi Bajaj Dominar D250 di India bulan hadapan , bakal masuk Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Bajaj nampaknya bersedia untuk menambah sebuah lagi ahli keluarga baharu ke dalam keluarga touring Dominar, dengan memperlihatkan satu video teaser Dominar D250 yang dijangka pelancarannya bulan hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, Dominar D250 ini akan menampilkan nadi yang sama terdapat pada KTM Duke 250, iaitu enjin silinder tunggal bersesaran 248.8cc namun dengan talaan yang sedikit berbeza namun memenuhi piawaian pelepasan emisi BS6.

Beberapa media luar telah pun menemukan imej sebenar Dominar 250 cc yang membawakan penggayaan yang hampir serupa dengan D400 seperti lampu LED, tangki bahan api muskular, rangka perimeter dan enjin yang dihitamkan, ekzos jenis twin-barrel serta fork USD. 

Hanya yang membezakan antara kedua-dua model ini adalah penggunaan logo D250 tiga dimensi. 

 

sumber imej: IndianAutosBlog

Setakat ini masih belum diketahui sama ada ia bakal menawarkan ABS saluran tunggal mahupun saluran berkembar, dan anggaran harga jualan pula berkisar antara julat Rs 1.45 lakh (RM8,213) sehingga Rs 1.7 lakh (RM9,630). 

Bajaj Dominar D250 bakal bersaing secara terus dengan beberapa model seperti Yamaha FZ25, Suzuki Gixxer 250, serta KTM Duke 250. 

Adakah model ini akan dibawa masuk oleh Modenas Malaysia sebagai sebahagian daripada lapan model baharu yang bakal diperkenalkan pada tahun ini?