Pelancaran Isuzu D-Max generasi baharu penghujung bulan ini, harga anggaran dari RM89,000!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 18 bulan dilancarkan di peringkat global, Isuzu Malaysia akhirnya mengumumkan pembukaan tempahan pra-pelancaran bagi model trak pikap generasi baharu Isuzu D-Max 2021 untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model trak pikap ini dijangka pelancarannya pada bulan Apri ini, jauh lebih awal berbanding jangkaan asal pengenalannya pada tahun 2022.

Dari segi penampilan, Isuzu D-Max membawakan perubahan rekaan yang jauh lebih moden, lebih dinamik dan lebih sporti berbanding generasi terdahulu dalam menjadikannya sebuah trak pikap yang sesuai untuk gaya hidup seharian.

 


Berbanding model terdahulu, Isuzu D-Max memiliki ukuran dimensi yang lebih besar, jarak antara roda yang lebih panjang, dan tidak ketinggalan ruang kabin dan ruang kargo yag lebih besar.

Untuk pasaran Malaysia, Isuzu D-Max bakal ditawarkan dalam konfigurasi kabin tunggal atau kabin berkembar, serta dua pilihan enjin iaitu RZ-4E 1.9 liter (150 PS/350 Nm) atau 4JJ-3TCX 3.0 liter (190 PS/450 Nm), serta padanan transmisi manual atau automatik enam kelajuan.

 


Dari segi keselamatan, Isuzu D-Max berjaya memperoleh penarafan maksimum lima bintang ASEAN  NCAP 2020 dengan menawarkan perlindungan yang lebih baik, serta penawaran ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) untuk varian terpilih.

Isuzu D-Max 2021 bakal dilancarkan secara rasmi pada penghujung April ini dengan harga jualan dianggarkan bermula dari RM89,000 hingga RM145,000.

Spesifikasi Isuzu D-Max versi global boleh dibaca menerusi pautan INI.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Model Terbaharu
Antara perubahan ketara yang dibawakan ialah penampilan muka hadapan baharu yang lebih kemas dan…