
Harga dan Perbandingan
Harga atas jalan tanpa insuran bagi edisi terhad ini ditetapkan pada RM137,900, iaitu sekitar RM7,000 lebih tinggi berbanding harga model asas Suzuki Swift Sport (RM130,900).

Prestasi Enjin
Dari segi kuasa, tiada perubahan dilakukan. Swift Sport Final Edition masih menggunakan enjin 1.4L BOOSTERJET dengan output 140PS dan 230Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Ciri Eksklusif Final Edition
Perbezaan utama terletak pada kemasan luaran dan dalaman:
Luaran:
-
Logo Final Edition di kiri, kanan dan belakang.

-
Jalur emas pada bonet.
-
Kemasan gentian karbon pada lower spoiler depan, belakang dan sisi.

-
Door visor
Dalaman:
-
Sistem audio Soundstream termasuk keseluruhan speaker.

-
Panel pintu, konsol gear, dan papan pemuka dengan corak gentian karbon.

Sambutan Pasaran
Pada hari pelancaran, Naza selaku pengedar Suzuki telah mengesahkan menerima dua tempahan awal, menjadikan baki hanya 28 unit masih tersedia.
Pilihan Bagi Peminat Hot Hatch
Dengan bayaran bulanan sekitar RM1,400.00, model edisi terhad ini mungkin menarik perhatian mereka yang mahukan hot hatch Jepun kompak dengan ciri eksklusif serta koleksi terhad dan ini adalah penghujung produksi Swift Sport ZC33S yang telah diperkenalkan pada 2017 lagi .
