Pelan Pemulihan Negara: SIC tangguh semua aktiviti, acara perlumbaan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil pendekatan untuk menangguhkan kesemua aktiviti dan sukan permotoran yang telah dirancang sehingga diberitahu kelak.

Ini adalah disebabkan pengumuman Pelan Pemulihan Negara yang dibuat minggu lalu sebagai langkah menangani krisis COVID-19 yang bakal diadakan dalam empat fasa, iaitu Fasa 1 (Jun), Fasa 2 (Julai-Ogos), Fasa 3 (September-Oktober) dan Fasa 4 (November-Disember).

Dalam pada itu, pihak SIC akan memohon kebenaran khas daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memulakan kembali acara perlumbaan nasional pada Fasa 2 dan Fasa 3.

Pihak SIC juga turut komited untuk mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Mengikut apa yang telah dirancang sebelum ini, acara perlumbaan Malaysia Championship Series (MSC) akan diadakan pada 13-15 Ogos 2021 untuk pusingan pembukaan dan pusingan kedua, manakala pusingan ketiga dan keempat pula berlangsung pada 17-19 September 2021.

Berita Berkenaan

MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Meskipun sudah dua tahun berturut-turut GP Malaysia dibatalkan akibat wabak pandemik COVID-19,…
MotorGP
Dalam satu perjumpaan bersama para pengamal media, pihak pengurusan Sepang International Circuit (…