Pelan Pemulihan Negara: Rentas negeri hanya dibenarkan secara berperingkat mulai Fasa Keempat

oleh Mohamad Hanif|
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang.
● Bilangan kes COVID-19 adalah tinggi;
● Sistem kesihatan awam di tahap kritikal; dan
● Kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.
Peralihan Fasa Pertama kepada Fasa Kedua PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes;
● Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan
● 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

 

Pelan Pemulihan Negara


Semasa Fasa Kedua (Julai & Ogos):
● Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis;
● Pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor; dan
● Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Peralihan Fasa Kedua kepada Fasa Ketiga PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes;
● Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan
● 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Semasa Fasa Ketiga (September & Oktober):
● Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian;
● Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80% seperti Fasa Kedua;
● Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat; dan
● Membuka sidang Parlimen.
Peralihan Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes;
● Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi; dan
● 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Semasa Fasa Keempat (November & Disember):
Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.
Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Johor dan Sabah masih lagi…
Berita Domestik
Peralihan Fasa 2 kepada Fasa 3 di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor); Melaka…
Informasi
  Perdana Menteri berkata, jawatankuasa khas tersebut akan melibatkan wakil daripada parti…