Pelan EV Mercedes-Benz Malaysia akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai salah satu jenama yang menerajui pasaran segmen kenderaan mewah di Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mempunyai perancangan tersendiri dalam membawakan pelbagai model-model baharu untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda masih ingat, pada bulan Jun 2019 kita melihat kelibat sebuah SUV berkuasa elektrik sepenuhnya yang dibawakan oleh MBM, iaitu Mercedes-Benz EQC, dan ia dilihat sebagai satu permulaan baharu buat mobiliti elektrik Mercedes-Benz di Malaysia.

Membawakan varian EQC 400 4MATIC, SUV elekrik ini hadir dengan motor elektrik berkembar menghasilkan 408 hp dan 760 Nm, membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.1 saat sahaja dengan jarak pemanduan sekitar 450 km dan harga anggaran sekitar RM600,000.

Dua tahun berlalu, dan Mercedes di peringkat global sudah pun mempunyai beberapa unit kenderaan elektrik yang sudah dilancarkan. Malangnya, masih tiada sebarang khabar berita berhubung model berkuasa elektrik tersebut, dan kehadiran wabak pandemik ternyata memberikan kesan yang ketara kepada perancangan tersebut.
 

EQA
Mercedes-Benz EQA 2021


Ketika ditanya berkenaan perkembangan perancangan tersebut dalam satu sidang media yang diadakan secara maya,  Naib Presiden Pemasaran dan Jualan MBM Michael Jopp menjelaskan, MBM kini perlu menilai semula perancangan untuk membawakan kenderaan elektrik untuk pasaran Malaysia, di mana segala keputusan akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

Menurut Jopp lagi, disebabkan wabak pandemik yang melanda, pihaknya mengalami kesukaran untuk menjalankan persediaan bukan sahaja menjual EV, akan tetapi perkhidmatan selepas jualan, serta latihan yang diperlukan oleh para pekerjanya di sini.

"Kami juga perlu memastikan aspek khidmat pelanggan, infrastruktur dan latihan rangkaian pengedar sebelum boleh menawarkan kereta elektrik di sini. Jika hanya sekadar membawa masuk model EV baharu dan terus menjualnya, ia merupakan satu 'permainan' yang sangat bahaya kepada para pelanggan kami," ujarnya.

Beliau menambah, pihak Mercedes-Benz Malaysia akan memuktamadkan pelan EV ini menjelang akhir tahun ini.

"Saya yakin peralihan kepada penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia akan dipercepatkan, dan menjangkakan peluang untuk memperkenalkan EV di sini masih lagi terbuka luas," jelasnya lagi.
 

ECASS


Dalam satu perkembangan lain, Mercedes-Benz Malaysia akan terus mengekalkan penawaran sedan di pasaran tempatan walaupun pada ketika ini pasaran dunia menyaksikan peningkatan permintaan terhadap SUV.

Menurut Jopp, kebanyakan pelanggan MBM di Malaysia masih lagi menggemari kenderaan genre sedan berbanding portfolio SUV.

Disebabkan itu, model-model sedan yang penting seperti E-Class akan terus dikekalkan sebagai portfolio utama Mercedes-Benz Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…