Pelaksanaan jualan Biodiesel B20 - Langkawi, Labuan lokasi perintis

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan kini melaksanakan Program Biodiesel B20 (adunan 20 peratus metil ester sawit dan 80 peratus diesel petroleum) untuk sektor pengangkutan secara berfasa bermula Januari 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkawi dan Labuan dipilih sebagai lokasi perintis untuk pelaksanaan program Biodiesel B20 diikuti oleh Sarawak (April 2020), Sabah (Ogos 2020) dan seterusnya di seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan (Jun 2021).

Bekalan Biodiesel B20 akan dibekalkan secara berfasa kepada lebih 3,400 buah stesen minyak Petronas, Shell, Petron, Chevron dan BHP. 

Manakala pengguna pula masih lagi mempunyai pilihan untuk menggunakan Diesel Euro5 B7 di stesen-stesen minyak tertentu, manakala stesen minyak di Cameron Highlands dan Genting Highlands serta Kundasang, Sabah akan terus membekalkan Diesel B7.

Sebelum ini kerajaan telah pun melaksanakan Program Biodiesel B10 secara mandatori pada 1 Februari 2019 dan Program Biodiesel B7 pada 1 Julai 2019.

Menerusi pelaksanaan Program Biodiesel B20, ia akan menyumbang kepada penggunaan kira-kira 1,300,000 tan minyak sawit setahun serta mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 3.8 juta tan CO2 setara setahun.

Berita Berkenaan

Informasi
Oleh itu katanya, kementerian mengadakan perbincangan dengan syarikat petroleum untuk membincangkan…
Berita Domestik
Tak rosakkah kereta kalau bertukar secara tiba-tiba ke Biodiesel B20? Bagaimana pula kesan jangka…
Berita Domestik
  Pulau Labuan pula akan menjadi destinasi kedua program Biodiesel B20, yang juga akan beroperasi…