Pelaksanaan EV - Proton tunggu masa yang sesuai

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif negara, Proton sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan berkenaan model kenderaan elektrik (EV) yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.
Modenas

Namun, Proton juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan perkara tersebut melihatkan kepada hala tuju negara berkenaan segmen ini.

Menurut CEO Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton boleh memperkenalkan teknologi kenderaan elektrik, namun pihak mereka perlu meneliti beberapa faktor seperti penawaran harga, tahap kemampuan pengguna, khidmat selepas jualan, pengalaman pelanggan serta regulasi peraturan.

"Kami bukan sahaja melihat kepada aspek penjualan produk semata-mata, akan tetapi pengalaman pemilikan pelanggan serta khidmat selepas jualan dalam tempoh lima tahun kemudian.

"Berapa ramai pelangganyang mampu memiliki EV? Di Malaysia, faktor kekuatan adalah bergantung kepada harga yang mampu milik, dan jika kami menurunkan harga jualan, adakah ia akan mampu memenuhi sesetengah peraturan tertentu pada masa akan datang?

Tambah beliau lagi, pihak syarikat akan menilai produk EV pada ketika ini sebelum menentukan manfaat yang bakal diperoleh pengguna, serta pihak berkepentingan yang lain.

 


Setakat ini, Malaysia dilihat agak ketinggalan di dalam perlumbaan EV jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara yang lain, seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), merujudkan rangkaian pengecasan merupakan langkah pertama yang strategik, namun ia dilhat sebagai satu cabaran memandangkan sehingga Mac 2021 Malaysia baharu sahaja memiliki 421 stesen pengecasan dengan sasaran untuk meningkatkan jumlahnya kepada 125,000 pada tahun 2030.

Liaw Thong Jung, Pengarah penyelidikan bersekutu Maybank IB berkata, Rangka Kerja Mobiliti Rendah Karbon Malaysia 2021-2030 memiliki banyak perkara yang positif, namun polisi EV dilihat lebih tertumpu ke arah kenderaan plug-in hybrid (PHEV) dan bukannya kenderaan elektrik bateri (BEV).

Ini secara tidak langsung menggagalkan usaha untuk meningkatkan infrastruktur EV serta pelan dekarbonisasi di seluruh negara.

Dalam pada itu, Maybank IB turut menjangkakan pasaran Asean bakal mengalami peningkatan penjualan EV mengatasi model berenjin pembakaran dalaman menjelang 2035, dengan penembusan EVV dijangka meningkat lima kali ganda sehingga 20 peratus menjelang tahun 2025.

Sumber: The Malaysian Reserve

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh menteri tenaga, Arifin Tasrif berkata, motosikal elektrik…
Berita Global
Malah, Maserati baru-baru ini turut mendedahkan beberapa keping gambar teaser yang mendedahkan…
Berita Global
Salah satu daripada kilang tersebut, fasiliti Douai bakal menjadi lokasi pemasangan kenderaan…