Pelaksanaan 'Contra Flow' di Persiaran Mokhtar Dahari - 4 petang hingga 8 malam

oleh Mohamad Hanif|
JKR Petaling memaklumkan pelaksanaan aliran trafik secara 'Contra Flow' di sebahagian Persiaran Mokhtar Dahari B49 menghala ke Shah Alam.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Pelaksanaan aliran tersebut bermula dari Persimpangan Alam Budiman hingga ke sempadan Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Damansara - Shah Alam (DASH).

Berdasarkan hantaran di Twitter JKR Daerah Petaling, pelaksanaan tersebut sebenarnya sudah pun bermula sejak semalam (31 Oktober) hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak bermula jam 4 petang hingga 8 malam.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan para penduduk di sekitar kawasan tersebut mengadu mengalami masalah kesesakan teruk, di mana keadaan bertambah buruk sejak pembukaan lebuh raya DASH.