Pelajar vokasional hasilkan model one-off Skoda Afriq, SUV rali!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pengetahuan, Skoda mempunyai sekolah vokasional yang tersendiri (Škoda Vocational School) di mana mereka sebelum ini mempersembahkan konsep produk yang cukup menarik perhatian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, para pelajar di sana telah mencipta sebuah konsep SUV rali yang dinamakan sebagai Skoda Afriq yang menggunakan asas daripada SUV Kamiq.

Skoda Afriq merupakan kereta konsep kelapan yang dibangunkan dan mengambil masa hanya dua tahun sahaja disebabkan oleh pandemik yang melanda global.
 

Skoda


Nama Afriq sebenarnya dipilih sebagai satu rujukan kepada pasaran Afrika Utara, di mana Skoda sebenarnya bertanggungjawab terhadap operasi VW Group di sana.

SUV Kamiq itu telah ditukarkan menjadi sebuah SUV tiga pintu sebelum ditambah dengan fender lebar depan dan belakang, splitter depan stail rali, skup bumbung, sistem ekzos tengah dan juga sayap belakang daripada gentian karbon.

Liveri luar Afriq ini mengambil inspirasi daripada jentera rali Fabia Rally2 Evo, sementara keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim Dotz 4x4 bersaiz 16 inci dengan tayar off-road.
 

Skoda


Skoda Afriq dibekalkan dengan enjin TSI 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 188 hp dan 320 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda dan transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan, tidak seperti Kamiq standard yang hanya didatangkan dalam versi pacuan semua roda sahaja.

Untuk kegunaan rali, hampir kesemua kemasan ruang kabin telah dibuang dan digantikan dengan kabin yang lebih sesuai, seperti papan pemuka yang lebih ringkas, tempat duduk jenis bucket, tali pinggang keledar enam poin, roda stereng daripada model Fabia Rally2 Evo, dan sangkar keselamatan penuh.

Tidak ketinggalan, sistem pemadaman api turut disertakan pada ruang tersebut.
 

Skoda


Apa yang menarik pada Skoda Afriq ini adalah:
1. Sistem kamera kabin yang lengkap dengan mikrofon untuk tujuan siaran langsung semasa perlumbaan berlangsung
2. Sistem penghasilan air Watergen yang mampu mengekstrak sumber air daripada atmosfera, dan tidak memerlukan sebarang tangki simpanan!

Setakat ini, Skoda Afriq masih lagi berstatus sebagai model one-off dan tidak reka untuk tujuan produksi.