Pelajar universiti tertinggal beg, mak bapak hantar pakai helikopter!

oleh Mohamad Hanif|
Satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini bertempat di North West University, Afrika Selatan memaparkan kisah anak orang kaya yang tertinggal begnya di rumah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut jururakam video tersebut, lelaki tersebut tertinggal beg yang mengandungi buku pelajarannya sebelum ibu bapa membuat keputusan untuk menghantar beg tersebut menggunakan helikopter. 

Ia sudah tentu satu perkara yang menggemparkan apabila sebuah helikopter tiba-tiba mendarat di kawasan parkir universiti dan seorang lelaki dilihat berjalan untuk mengambil begnya yang tertinggal itu. 

Video tersebut berjaya meraih perhatian sebanyak lebih daripada 100 ribu tontonan. 

Berdasarkan carian ringkas, helikopter yang digunakan adalah daripada model Robinson R44 Raven yang bernilai £300,000 (RM1.6 juta) dan mampu menelan belanja sebanyak £150 (RM814) selama sejam untuk duit bahan api semata-mata. 

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi 225 km/j dengan jarak operasi sejauh lebih 480 kilometer. 

 

Sumber: Twitter, DailyMail UK 

Berita Berkenaan

Berita Global
Teringat pula zaman penulis belajar beberapa tahun yang lalu, di mana masalah perebutan slot parkir…
Berita Domestik
Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, penuntut berusia 22 tahun itu yang menaiki kenderaan jenis…