Pelajar Tahun 4 maut terjerut baju hujan

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pelajar Tahun Empat meninggal dunia apabila lehernya terjerut baju hujan yang dipakai selepas ia tersangkut pada gegancu motosikal yang diboncengnya semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kejadian jam 10.15 pagi di Kampung Gong Tanah Merah, Jertih berlaku apabila mangsa, Tuan Nur Irdina Najwa Tuan Rosli, 10, membonceng sebuah motosikal Honda RS 150 yang ditunggang oleh ibu saudaranya yang berusia 31 tahun.

Keduanya baru pulang dari satu majlis dan dalam perjalanan ke Kampung Darau dari arah Kampung Gong Nering.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad, baju hujan yang dipakai Irdina tersangkut pada gegancu (sprocket) belakang motosikal itu, menyebabkan mangsa tertarik dan terjatuh ke atas jalan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut dan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana parah di leher.

Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

*Laporan dan gambar dari Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Kemudian kita ada baju hujan satu suit lengkap dengan seluar, dari plastik juga, datang dalam…