Pelajar sekolah antara ditahan, pamerkan aksi rempit Superman dan roket

oleh SALINA JALIL|
Lima mat rempit termasuk dua daripanya merupakan pelajar sekolah antara yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di Petaling Jaya, awal pagi semalam.


Dalam operasi bermula 1 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melihat lima penunggang melakukan aksi ‘Superman’ dan ‘roket’ serta bersaing sesama mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis melakukan risikan sebelum berjaya menahan kesemua suspek terbabit.

 

“Kesemua penunggang motosikal berusia 15 hingga 19 tahun itu didapati menunggang dan secara berbahaya dan mempamerkan aksi Superman, zig zag dan roket.

 

“Pemeriksaan mendapati empat daripadanya tidak mempunyai lesen memandu. Malah dua orang adalah pelajar tingkatan tiga dan seorang pelajar sebuah kolej komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tambah Zulkefly, semua individu berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

 

 

 

 

-UTUSAN

Berita Berkenaan

Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Domestik
  "Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. "JSPT Bukit Aman…