Pelajar NATS hasilkan Mazda RX-3 convertible, guna Miata sebagai asas!

oleh Mohamad Hanif|
Saban tahun kita menantikan hasil kerja yang bakal dipersembahkan oleh para penuntut dari Nihon Automotive College (NATS).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ada yang menarik untuk kita lihat, tidak kurang juga yang agak merepek dan tidak masuk akal dibuatnya.

 


Namun, itu semua tidak menghalang mereka daripada terus menghasilkan pelbagai jenis projek ubahsuai yang unik dan adakalanya mampu membuka mata kita semua.

Salah satu yang bakal dipamerkan dalam Tokyo Auto Salon 2023 tahun ini ialah sebuah Mazda RX-3 Convertible.

 


Harus diingatkan, sepanjang tempoh produksi Mazda tidak pernah menghasilkan model RX-3 dalam versi convertible, dan pelajar NATS tidak tergamak untuk menggunakan casis asal RX-3 yang sudah terlalu berusia itu.

Projek yang dipamerkan ini sebenarnya menggunakan asas daripada sebuah convertible Mazda era moden, iaitu MX-5 Miata ND!

 


Casis asal Miata yang menjadi jawapan kepada segala persoalan itu telah diubahsuai dengan penambahan panel-panel FRP dan gentian kaca yang dihasilkan oleh EZO-ISM.

Tidak cukup dengan elemen retro, pelajar NATS telah menambah elemen kaido racer pada RX-3 convertible ini dengan memasukkan spoiler dagu yang agak besar diikuti dengan fender flare Katayama yang lebar itu.

 


Keempat-empat sudut model convertible ini dipasangkan dengan rim RS-Watanabe yang dibaluti tayar Toyo.

Hasil akhir projek RX-3 Convertible ini akan dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2023 pada 13 hingga 15 Januari ini.

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada projek Nissan GT-R Convertible dan Toyota GT86 Sedan yang kami siarkan sebelum ini…