Pelajar ditahan, bergaduh guna ‘steering lock’

oleh Penyumbang Rencana|
foto Buletin TV3
Video tular berdurasi 44 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak menghayun beberapa kali pengunci stering terhadap dua mangsa.

Berikut insiden tersebut, seorang pelajar lelaki institusi pengajian tinggi swasta ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di jalan raya Pekan Dengkil, Sepang pagi Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan GK Shan Gopal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira kira jam 12.17 tengah hari semalam.

IPD Sepang mengesahkan telah menerima laporan polis pada 3 Oktober 2024, jam 12.17 tengah hari daripada seorang lelaki mendakwa pengadu bersama rakannya pada jam 11.50 pagi telah dipukul oleh seorang lelaki menggunakan ‘steering lock’ di atas jalanraya di Pekan Dengkil.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tangan manakala suspek berjaya ditahan berdasarkan maklumat diterima.

Tangkapan ke atas seorang lelaki berumur 20 tahun yang merupakan seorang pelajar IPTS dan turut dirampas satu steering lock yang digunakan sebagai senjata mencederakan mangsa.

Motif kejadian adalah tidak puas hati semasa kedua-dua pihak sedang memandu di jalanraya di kawasan Jalan Air Itam menuju ke Pekan Dengkil 

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Bacaan sepenuhnya di BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pergaduhan tercetus selepas berlaku pertikaian apabila Toyota Vellfire dipandu pemandu e-hailing…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kedua-dua…
Berita Domestik
"Pihak polis telah mengesan video berdurasi 28 saat yang tular melalui media sosial memaparkan satu…