Pelaburan di Thailand jadikan Harley-Davidson kini RM40k lebih murah

oleh HEZERI SAMSURI|
Tindakan Harley-Davidson untuk membuka kilang di Thailand kini sudah mula menunjukan kesan positif kepada pengguna di Malaysia.

Harga-harga model Harley-Davidson yang dipasang di Thailand jauh lebih rendah dari unit yang diimport dari Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam tahun 2017, syarikat ikonik dari US itu telah mengumumkan pembukaan sebuah kilang CKD di Thailand.

Sebanyak 14 buah model dipilih untuk dipasang di sana dan kesemuanya adalah model-model yang serasi dengan pasaran di rantau Asia Tenggara.

Kesemua model tersebut ialah dari dua keluarga popular Harley-Davidson - siri Softail dan siri Sportster.

Menurut Koh Jyh Woei, Pengurus Wilayah Pasaran Baharu untuk Harley-Davidson, beliau yakin jualan jenama itu bakal melihat peningkatan yang baik di Malaysia.

 

 

Koh berkata demikian ketika pembukaan dewan pameran Harley-Davidson di Autocity Juru, Pulau Pinang.

Harley-Davidson Pulau Pinang ialah cawangan ketiganya selepas hak pengedaran dan pemasaran diambil oleh oleh GB Motorcycles Sdn Bhd.

Cawangan pertama ialah di Petaling Jaya dan kedua ialah di Melaka. GB Motorcycles pula ialah kerjasama antara Goh Brothers dan Kheok Hock Seng.

 

 

 

Harga-harga baharu itu melihat model Sportster XL883L Superlow (gambar atas) sebagai model paling mampu milik untuk Harley-Davidson, pada harga RM62,600.

Model popular Iron 83 pula kini cuma berharga RM68,200, RM13,000 lebih rendah dari harga semasa ia diimport terus dari US.

Satu lagi model yang menjadi igauan ramai ialah Fat Bob 114 (gambar utama). Harga asalnya ialah RM139,900 tetapi kini menjadi RM112,700.

Harley-Davidson ialah satu lagi contoh kejayaan industri automotif Thailand yang semakin mengukuhkan kedudukan mereka sebagai hub automotif Asean.

Thailand juga mempunyai kilang pemasangan motosikal untuk wilayah Asean dan juga pasaran dunia bagi jenama Kawasaki, Triumph, Ducati, Honda, Suzuki dan Yamaha.

Keistimewaan motosikal berbanding dengan kereta ialah motosikal tidak mempunyai model berbeza untuk pasaran panduan kiri atau kanan. Oleh kerana itu, pasarannya terbuka untuk seluruh dunia.

Di bawah ialah perbezaan harga dahulu dan harga terkini Harley-Davidson. 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…