Pelabur Projek Kereta Nasional Ketiga diumum 28 Jan

oleh HEZERI SAMSURI|

Mesyuarat Pembangunan Negara (MPM) pada 28 Januari ini akan melihat pengumuman pelabur dan juga teraju utama Projek Kereta Nasional Ketiga negara.

Mesyuarat yang bakal dipengerusikan oleh Perdan Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga akn menyenaraikan pemilihan rangkaian vendor tempatan yang akan menyokong operasi pengeluaran projek tersebut.

Menurut Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), lebih dari 10 pelabur swasta mengemukakan pelan cadangan untuk terbabit di dalam model sulung projek itu.

Mohd Yusoff menegaskan projek itu tidak akan menggunakan dana kerajaan dan konsep pengeluaran dengan menggunakan tenaga dan kepakaran tempatan itu mampu memberikan nafas baharu kepada rantaian syarikat vendor.

Akhbar Berita Harian sebelum ini pernah melaporkan bahawa matlamat MPM ialah untuk memperkasakan keseluruhan ekosistem, termasuk syarikat vendor dan pembangunan sumber manusia.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa Mohd Yusoff berkata pengeluaran model pertama kereta nasional ketiga itu tidak semestinya membabitkan pembinaan kilang baharu, sebaliknya bakal memaksimumkan kemudahan, kepakaran dan teknologi sediada ada, menerusi pembabitan syarikat yang dipilih.

Beliau kemudian menyebut dua syarikat yang berminat di dalam projek ini - Sime Darby Auto Engineering (SDAE) dan SilTerra Malaysia Sdn Bhd.

SDAE mempunyai kepakaran untuk memasang enjin bagi BMW di Kulim, Kedah sementara SilTerra pula mampu menghasilkan mikrocip untuk syarikat telekomunikasi antarabangsa di premis mereka yang turut berada di Kulim, Kedah.

Walaubagaimanapun, Mohd Noor tidak menyatakan bagaimana syarikat pemasangan ini mampu untuk menghasilkan kenderaan sendiri.

Mohd Noor turut berkata kenderaan pertama dari projek itu ialah dari jenis hibrid kerana beliau tidak melihat perbezaan tinggi antara unjuran kos penyelenggaraan dan harga bahanapi menjelang 2025.  

Penurunan harga bateri dan komponen hibrid dalam tempoh enam tahun akan datang pula sepatutnya melihat syarikat automotif tempatan untuk lebih proaktif dalam penghasilan kenderaan hibrid.

Cyberjaya sekali disebut akan menjadi lokasi perintis untuk menyokong keperluan komunikasi V-2-I (Kenderaan ke Infrastruktur), penting dalam penghasilan kenderaan berautonomi.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof sebelum ini berkata kereta nasional ketiga ini bakal dilancarkan dalam tahun 2020 dan akan menggunakan teknologi baharu.

Projek kereta nasional ketiga ini turut disebut akan menembusi pasaran Asean dan seperti biasa, menempatkan sebuah syarikat automotif Malaysia di persada dunia.

* Artikel ini berdasarkan laporan Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Careta yang berada di majlis pelancaran tersebut di kilang Inokom milik Sime Darby itu bertanyakan…
Berita Domestik
Di bawah ialah senarai vendor-vendor tersebut dan modul yang dibekalkan.   ZF Chassis Systems…
Berita Domestik
Menurut laporan The Star, antara model EV CBU yang bakal diperkenalkan kelak termasuklah BMW iX,…