Pelabur mahu Harley-Davidson kembali ke 'pangkal jalan'

oleh Mohamad Hanif|
'Kapal' Harley-Davidson sudah pun bergoncang sejak kebelakangan ini dengan pertukaran pucuk pimpinan teratas, bermula dari perletakan jawatan Matt Levatich sebagai CEO pada Februari lalu dan giliran Michelle Kumbier selaku COO menyusul.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, ia tidak terhenti setakat itu apabila Impala Asset Management yang memegang kira-kira 2 peratus pegangan di dalam Harley-Davidson bukan sekadar mahu melantik dua pengarah baharu ke dalam barisan pengurusan baharu.

Akan tetapi, mereka turut mahukan Harley-Davidson supaya kembali ke pangkal jalan selepas memfokuskan pada penjualan motosikal elektrik Livewire pada tahun 2019.

 


Livewire merupakan antara usaha Harley-Davidson untuk menarik minat golongan generasi baharu ke arah jenama lifestyle itu setelah mengalami penurunan jualan yang mendadak sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Selain daripada itu, kebanyakan daripada pendukung sejati Harley-Davidson terdiri daripada penunggang yang sudah pun terlalu berusia untuk menunggang sebuah Harley-Davidson, dan angka ini turut menyumbang kepada penurunan ketara jumlah jualan motosikal saban tahun.

Apa yang membimbangkan Impala adalah perangai Harley-Davidson yang terlalu perlahan untuk bereaksi dengan permintaan pasaran sedia ada, dan harus diingatkan, Livewire itu sendiri mengambil masa kira-kira lima tahun untuk dibangunkan.

Tambahan pula, ketika masa Livewire diperkenalkan kepada umum, harga yang ditawarkan pula dilihat agak mahal dan sudah tentu ia memberikan perasaan dilema kepada generasi baharu untuk mula meminati jenama Harley-Davidson ini.

 


Jadi, jika pihak pelabur mahukan Harley-Davidson kembali ke tunjang asal, bagaimana pula dengan perancangan Harley-Davidson untuk menarik golongan milenial meminati jenama tersebut?

Apatah lagi Harley sudah pun merancang beberapa model yang disasarkan untuk golongan tersebut seperti HD350 dengan kerjasama Qianjiang yang menggunakan enjin Benelli, serta sebuah skuter elektrik untuk disasarkan kepada golongan itu tadi.

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…