Pekerja tak ketatkan pemasangan nut kabel CVT, 383 buah Subaru Outback, Impreza dipanggil semula

oleh Mohamad Hanif|
Hanya kerana perbuatan seorang pekerja yang tidak mengamalkan teknik mengetatkan nut dengan baik, 383 buah kenderaan Subaru (Outback dan Impreza) terpaksa dipanggil semula di Amerika Syarikat.

Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebanyak 314 unit Outback yang dipasang antara 14-21 Disember 2020, dan 69 unit Impreza (tarikh pemasangan 14-18 Disember) dikhuatiri terjejas akibat pemasangan nut kabel CVT yang tidak diketatkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Ini menyebabkan pemilihan gear tidak dapat berfungsi dengan baik, menurut Subaru lagi.

Masalah tersebut dikesan ketika fasa pengujian sampel dijalankan di barisan pemasangan pada 21 Disember.

Siasatan dijalankan menjumpai 91 buah kenderaan dengan masalah yang sama dan mendapati kesilapan tersebut disebabkan oleh seorang pekerja yang tidak mengikuti prosedur dengan baik walaupun telah dilatih untuk tujuan itu.

Setakat ini tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan disebabkan permasalahan ini, dan para pemilik akan diberikan notifikasi bermula 19 Februari ini untuk proses pemeriksaan dan mengetatkan nut kabel tersebut tanpa sebarang caj dikenakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kempen ini melibatkan model-model seperti sedan A6 (2019-2021), A6 Allroad (2020-2021), sedan S6,…
Berita Global
Laporan daripada laman Autoblog menyebut, kesemua unit yang terjejas merupakan unit yang sama…
Berita Global
Malah ada pemilik yang berkata ia tidak mempunyai masalah tersebut. Namun begitu, agensi…